Tempat-tempat Menarik untuk dilawati
Lokasi strategik Kampung Dew membolehkan anda untuk melawat ke tempat-tempat pelancongan yang berdekatan. Antara tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi adalah seperti berikut:
Zoo Taiping & Taman Malam Safari
Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak, Malaysia
"Taman Malam Safari Taiping adalah satu-satunya taman safari yang pertama seumpamanya di Malaysia. Bermandikan sinaran cahaya seperti cahaya bulan dan keindahan alam semulajadi dapat dilihat. Dalam usaha untuk mengekalkan persekitaran yang semulajadi ini, pihak Taman Malam Safari Taiping cuba untuk mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam ini bagi memberikan peluang kepada pengunjung untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi secara dekat".
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.zootaiping.gov.my/
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.zootaiping.gov.my/
Taman Tasik Taiping
Taiping, Malaysia
Taman Tasik Taiping adalah tapak perlombongan lama yang dimajukan menjadi sebuah taman awam yang mempunyai empat buah kolam dan empat buah tasik. Alami kehijauan taman landskap sambil bersiar-siar di sekitarnya.
Taiping Sentral Mall
Taiping, Malaysia., No. 36, Jln, Istana Larut, Taiping, Perak
"Taiping Sentral Mall adalah pusat membeli-belah utama di Bandar Warisan, Taiping, Perak dan terletak bersebelahan Tesco Taiping. Bangunan empat tingkat yang dibina bagi menyediakan jual-beli barangan runcit dan kompleks pembangunan komersial ini terdiri daripada 108 unit rumah kedai dan kiosk."
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.taipingsentralmall.com/
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.taipingsentralmall.com/