Apakah Itu Kelip-Kelip?
Kelip-Kelip adalah sejenis kumbang yang mengeluarkan cahaya bagi menarik perhatian pasangan untuk mengawan. Ianya juga dikenali sebagai “Kumbang Kilat”. Ia tergolong dalam keluarga “Lampyridae”. Kelip-kelip di Kampung Dew hidup di kawasan Sungai Sepetang, terutamanya di kawasan paya bakau. Ini kerana mereka bertelur di tebing sungai berhampiran dengan pokok Nipah. Larva kelip-kelip hidup dengan memakan serangga kecil dan siput.
|
Jantina kelip-kelip dapat dibezakan melalui segmen cahaya yang terdapat di bahagian abdomen atau di bahagian belakang bawah tubuhnya. Kelip-kelip betina mempunyai satu jalur cahaya manakala kelip-kelip jantan mempunyai dua jalur cahaya. Waktu terbaik melihat kelip-kelip adalah paa waktu malam terutamanya ketika tiada cahaya bulan. Kehadiran kelip-kelip adalah penting kerana mereka mencerminkan tahap kualiti bagi suatu ekosistem. Tambahan pula, kelip-kelip sangat cantik tetapi sukar ditemui.
|
Gambar berinformasi tentang Kelip-Kelip
Kongsikan maklumat mengenai kelip-kelip di laman Facebook, Twitter, LinkedIn atau emel.
Bertambah pengetahuan, meningkatkan pemuliharaan, agar generasi akan datang dapat melihat cahaya kelip-kelip.
Bertambah pengetahuan, meningkatkan pemuliharaan, agar generasi akan datang dapat melihat cahaya kelip-kelip.
Bagaimana anda boleh menjadi pelancong mesra alam?
Bagaimana anda boleh menjadi pelancong mesra alam?
Jika anda ingin menikmati keindahan alam dan memulihara hidupan kelip-kelip, sila patuhi syarat ‘6 Be’s.
Berhati-hati. Pakai jaket keselamatan dengan sempurna ketika melihat kelip-kelip.
Tolong diam! Jangan menjerit atau bertepuk tangan.
Beri perhatian. Jangan menggunakan flash kamera ketika mengambil gambar kelip-kelip kerana mereka adalah serangga yang pemalu.
Bertanggungjawab. Buang sampah ke tempat yang betul.
Mengambil gambar itu bagus tetapi mendapatkan ilmu pengetahuan itu lebih bagus.
Tinggalkan jejak anda dengan menanam lebih banyak pokok Berembang.