Galeri gambar
Cerita daripada pelancong
Ketika saya bersiap untuk keluar pada malam itu, saya masih tertanya-tanya keputusan saya, “adakah ianya selamat..? untuk keluar ke sungai pada waktu malam..?”
Jaket keselamatan sudah dipakai. Oh well, naik jelah. Apa tunggu lagi!
Kami bersepuluh termasuk pemandu bot dan pembantunya. Sedang kami menyusuri sungai yang tidak diketahui arah tuju, keadaan sekeliling semakin gelap. Saya merasakan kami sudah jauh dari jeti, tiada bunyi kenderaan, tiada cahaya lampu, kecuali bunyi bot. Keadaan pada malam itu sunyi dan sejuk. Kami semua diam menghayati kepekatan malam. Tiba-tiba kawan saya menjerit, “tengok tu!” sambil menunjuk ke arah sebatang pokok.
“Ya Tuhanku!” saya terkejut melihat pokok-pokok di situ dipenuhi kelip-kelip. Ia kelihatan seperti pokok Krismas! Sangat cantik..!! Kelip-kelip itu seolah-olah menyambut kedatangan kami dan keterujaan saya itu tidak terhenti di situ kerana di depan sana masih terdapat pokok-pokok yang dipenuhi kelip-kelip. Walaupun kelip-kelip itu kecil, mereka mampu menerangi orang lain. Kelip-kelip, awak menyinari hidup ku!
Walau bagaimanapun, ianya menyedihkan apabila mengetahui bahawa kelip-kelip hanya mampu hidup selama 2 minggu L ia mengambil masa 4 ke 5 bulan untuk kelip-kelip lain muncul bercahaya semula. Saya takkan lupakan malam yang indah itu ketika menikmati cahaya kelip-kelip sepanjang Sungai Sepetang J
Jomlah datang dan lihat kelip-kelip lagi!!
Anonymous, 23

Menikmati projek pemuliharaan
Piao, penuntut, 23, Thailand
Saya dan rakan-rakan dari Negara-negara ASEAN menyertai projek sukarelawan di Kampung Dew pada Ogos, 2013. Kami sangat terkejut dengan ribuan kelip-kelip sepanjang tebing Sungai Sepetang pada waktu malam. Pada waktu pagi, kami bercadang untuk menaiki bot dan menanam semula pokok Berembang untuk membanyakkan lagi habitat tempat tinggal kelip-kelip. Walaupun kami penuh dengan kotoran lumpur, kami merasa sangat seronok! Sekali-sekala jadi gila-gila, takpe kan? Pengalaman di Kampung Dew sangat unik dan akan sentiasa diingati. Susah untuk saya lupakan perasaan menjadi sebahagian daripada pelawat dan pelindung.