Kampung Dew
Ianya sebuah kampung nelayan yang terletak di Barat Laut Malaysia, berhampiran Bandar Taiping di Negeri Perak. Sungai Petang merupakan sungai utama di sepanjang kawasan tersebut. Ia juga merupakan tempat yang sesuai bagi penggemar burung kerana terdapat pelbagai spesis burung tempatan dan migrasi boleh dilihat di sini. Antaranya, Burung Layang-Layang, Burung Pucung, Helang Merah, dan Burung Walit. Ia juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies bakau seperti Pokok Ara, Piai Raya, Bakau dan Nipah. Salah satu spesis yang paling banyak di sepanjang Sungai Sepetang adalah pokok Berembang dan kelip-kelip di sini suka hinggap pada pokok ini. Oleh kerana itu, tempat ini terkenal sebagai salah satu tempat melihat kelip-kelip di Malaysia.
Kampung Dew terkenal sebagai kampung nelayan kerana kebanyakan penduduknya bekerja sebagai nelayan. Walau bagaimanapun, ia baru diperkenalkan sebagai tempat melihat kelip-kelip banyak pokok Berembang atau Caseoraris Sonneratia terdapat dikawasan tebing sungai.
Latar Belakang Menurut salah seorang penduduk di situ, Kampung Dew dinamakan sempena nama seorang lelaki British yang bernama Dew yang datang ke kampung untuk memperkenal tanaman getah. Apakah yang membuatkan kelip-kelip di Kampung Dew berbeza dari yang lain? Pteroptyx Tener adalah koloni kelip-kelip terbesar yang boleh dilihat yang tinggal di Berembang pokok sepanjang Sungai Sepetang di Kampung Dew. Kelip-kelip Pteroptyx Tener mempunyai keupayaan untuk berkelip dengan seragam! Kelip-kelip yang terdapat di Kampung Dew sepanjang Sungai Sepetang kebanyakan |